![]() |
|||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
|
-::|| Konvo 2004 ||::- 8.9.2004
Pagi ni jam 7.40 aku sampai kat Skudai, Johor. Semalam jam 8.30pm bertolak dari KB dengan bas Budaya. Bas kegemaran aku. Datang kali ni bukan untuk makan angin. Tapi untuk majlis konvokesyen aku kat UTM Skudai. Kalau diikutkan hati aku tak mau datang tapi mak aku nak sangat tengok gambar konvo. Nak bawak family aku pulak tak mampu. Nak tak nak datang la sorang². Tuh pun nak pitam aku cari duit. Yuran konvo RM 300, baju melayu RM 100, tiket bas apa semua. Paling kurang aku kena ada RM 500. Ini la first time aku datang ke Johor nih. Sampai jer kat Skudai tuh aku dah macam kambing masuk Chow Kit. Bob Penang kawan sekelas aku dah ada kat Johor dengan family dia. Aku cuma perlu tunggu dia datang jemput jer la. Tapi tak semudah itu. Dekat jam 10.30 pagi baru sampai. Dah 3-4 buah kedai kopi aku jelajah. Penantian yang sungguh menyeksakan. Kalau ada mp3 player orait jugak. Tengah hari tuh kami daftar untuk konvo. Ramai jugak orang seh. Awek-awek pun bleh tahan. Hari tuh aku tumpang bilik Bob. Family dia bilik sebelah. Jimat duit sewa bilik. Asalnya tempat kami menginap ni hostel student UTM dulu. Tapi sekarang tak ubah macam bangunan puaka dalam filem seram. Jam 5.30 pagi aku dah bangun. Bob masih lagi sibuk memproses taik mata. Sistem bunyi hidung dia pun tak kurang jugak hebatnya. Rasa macam nak tekan jer muka dia ngan bantal. Baju melayu hitam berkasut kulit serta bersamping adalah salah satu syarat konvo. Jam 8 pagi kami sampai kat UTM. Hujan renyai-renyai dan perut aku pun lapar. Ajak Bob cari cafe untuk sarapan. Bob cakap tak payah tanya orang. Dia tau cafe tuh kat mana. 15 minit kami jalan kaki dengan penuh keyakinan. Yang disangka cafe bukan cafe rupanya. Celaka Bob. Rasa cam nak terajang jer mamat sekor nih. Terpaksa la kami konvo dengan perut lapar. Jam 9 pagi konvo bermula. Takde la hebat sangat konvo rupanya. Majoriti datang dengan family. Aku jer ala-ala koboi datang sini sorang. Giliran naik pentas sudah diatur. Cuma perlu ikut orang jalan jer. Takde la payah sangat. Band UTM tak kurang jugak hebatnya. Kalau bukan kerana alunan muzik instrumental dari dia orang aku dah lama lena. Band yang cukup hebat sehinggakan lagu orang kawin pun dia orang main. Kenapa tak main lagu pencak silat jer. Memang sah dia orang pakat hentam jer. Jam 11 pagi majlis tamat. Cepat-cepat kami keluar cari makanan. Tak sangka kami terlupa satu benda yang cukup penting, ROKOK. Aiseh aku lupa bawak. Bob pun sama. Ke hulu ke hilir cari tempat jual rokok. Ada orang jual rokok ke kat dalam kampus ek? Tahap kegersangan kami dah capai tahap maksima. Kalau muka ni tak malu maunya aku pow jer ngan pakcik-pakcik yang dok hembus asap kat kaki lima tuh. Lepas majlis kami balik ke hostel. Family Bob dah nak bertolak dah. Nak tak nak aku kena jugak keluar sama. Bob turunkan aku dekat area stesen bas Skudai. Jam baru 3 petang. Bas aku jam 8 malam. Kali ni terpaksa la aku jelajah kedai kopi lagi. Jam 9 malam bas yang ditunggu tiba. Kali ni aku naik bas yang Bob rekemen. Bas Cepat Ekspress. Patutnya jam 8 malam bertolak. Dekat jam 9 baru sampai. Cepat sungguh bas nih. Bas tu berhenti turunkan penumpang selang 15-20 minit. Aku jadi kompius, betul ke bas aku naik nih. Macam bas henti-henti jer. Dah la buruk, suspension pulak teruk. Kalau ada pompuan mengandung 4 bulan agaknya dah terberanak dalam bas dah. Cukup tak selesa, air cond pulak sejuk nak mampos. Sejuknya hingga ke tulang, ibu jari kaki pun beku. Kemeja lengan panjang aku tak cukup untuk menahan sejuk. Jadi aku bantai pulak kain samping. Itu pun takde beza jugak. Apa tokey bas ni ingat kami ni daging import ke apa. Sepanjang perjalanan aku tak boleh nak tido. Aku mintak driver perlahankan air cond tapi dia cakap bas ni hanya bleh bukak tutup air cond jer. Celakak betul. Teringat pulak kat bas Budaya, selimut disediakan. Kan bagus kalau servis macam nih. Jam 1.30 pagi kami berhenti makan kejap. Dah la bas ni bengong. Berhenti pulak kat kedai makanan yang 2x8 bengong jugak. Tukang masak burger pulak terlalu cekap. Sebijik burger dekat 20 minit baru nak siap. Aku dah mula naik angin. Perjalanan diteruskan sehingga ke Pasir Puteh. Dari situ aku tukar bas dengan bas Cepat Ekspres yang lain. Bas kedua ni ada single sit. Selesa sikit. Jam 9.30 pagi baru la penyeksaan berakhir. Sampai jugak ke Kota Bharu. Bas Cepat Ekspres tuh patut ditukar nama jadi Bas Cibai Ekspres beserta moto "KAMI BANGANG, ANDA BENGANG". ||:|| DISCUSS TOPIK INI ||:|| -::|| ÈNÐ Ôf VIRTUÄLMETÂL ŠTORŸ ||::- |
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||